Wei Chong-Kai Wun, Pearly-Thinaah garang ke separuh akhir

PASANGAN beregu lelaki negara, Man Wei Chong–Tee Kai Wun dan gandingan beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah mara ke separuh akhir selepas garang menundukkan lawan masing-masing secara straight set dalam aksi suku akhir Terbuka Indonesia pada Jumaat.
Wei Chong-Kai Wun yang juga juara Malaysia Masters berjaya menundukkan pasangan India Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 21-19, 21-16 dalam tempoh 43 minit di Istora Senayan, Jakarta.
Kemenangan itu menyaksikan pasangan di ranking ketujuh dunia tersebut menempah slot separuh akhir menentang sama ada rakan sepasukan, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani atau beregu tuan rumah, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Isfahani pada Sabtu.
Sementara itu, beregu wanita negara, Pearly-Thinaah turut tidak berdepan masalah apabila mudah mengetepikan cabaran beregu nombor lima dunia dari Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi, 21-6, 21-18 dalam masa hanya 37 minit.
Pasangan negara yang kini menduduki ranking keempat dunia itu bakal menentang pasangan pilihan keenam dari China, Li Yi Jing-Luo Xu Min di pentas separuh akhir.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
