Aliran trafik lancar di lebuh raya utama pagi ini - LLM

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di lebuh raya utama di seluruh negara dilaporkan lancar pagi ini menjelang sambutan Aidiladha, esok.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan aliran trafik ke Pantai Timur dan menghala ke selatan dari ibu kota masih lancar setakat jam 10 pagi tadi, namun dijangka sesak menjelang tengah hari ini.
Bagaimanapun, katanya kesesakan berlaku di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menghala ke utara dari arah Bidor ke Tapah susulan pertambahan kenderaan.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata aliran trafik di dua pintu masuk di sempadan Pasir Puteh, Kelantan-Terengganu dalam keadaan lancar setakat jam 9 pagi tadi. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
