Bayi 12 bulan terperangkap dalam kereta

Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kereta berkunci di Taiping. Foto ihsan Bomba Perak
Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kereta berkunci di Taiping. Foto ihsan Bomba Perak
A
A
A

TAIPING - Seorang bayi perempuan berusia 12 bulan diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak selepas terperangkap di dalam sebuah kereta di Kawasan Perindustrian Kamunting di sini pada Khamis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat kejadian itu diterima pada jam 12.46 tengah hari.

“Sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping telah diatur gerak ke lokasi.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati mangsa terperangkap selepas kereta tersebut terkunci secara automatik ketika bapanya sedang membuka khemah untuk berniaga,” katanya di sini.

Menurut beliau, anggota mengambil masa sekitar 10 minit untuk membuka pintu menggunakan peralatan khas.

“Mangsa kemudiannya berjaya dikeluarkan dengan selamat dan diserahkan kepada keluarganya,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!