Jatuh longkang ketika mahu selamat anjing

Bomba menyelamatkan mangsa yang terjatuh selepas melalui penutup longkang yang pecah. - Foto pembaca.
Bomba menyelamatkan mangsa yang terjatuh selepas melalui penutup longkang yang pecah. - Foto pembaca.
A
A
A

PORT DICKSON - Seorang lelaki terjatuh ke dalam longkang besar ketika cuba menyelamatkan seekor anjing berhampiran Balai Nelayan Teluk Kemang di sini.

Lelaki berniat baik itu, Amran Mat Dali, 40, jatuh selepas penutup longkang yang dipijaknya pecah.

Kejadian kira-kira jam 10 pagi itu berlaku apabila penutup longkang yang dipijak Amran Mat Dali, 40, berhampiran Balai Nelayan Teluk Kemang itu pecah.

Menceritakan kejadian Ahad lalu itu, Pegawai Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu berkata, ketika kejadian dia bersama rakan yang sedang berjalan di lokasi terdengar bunyi salakan anak anjing yang terperangkap di dalam longkang.

"Kami kononnya nak selamatkan anak anjing itu tetapi penutup longkang yang saya pijak tiba-tiba pecah dan saya terjatuh ke dalam longkang sedalam hampir 3 meter.

"Lutut saya cedera parah. Rakan saya dan seorang nelayan yang ada di situ menghubungi Balai Bomba Dan Penyelamat Teluk Kemang untuk mendapatkan bantuan sebelum saya di bawa ke Hospital Port Dickson untuk rawatan," katanya kepada media.

Amran alami cedera parah pada lutut akibat terjatuh ke dalam longkang besar(ihsan pembaca)
Amran alami cedera parah pada lutut akibat terjatuh ke dalam longkang besar(ihsan pembaca)

Amran berkata, dia berada di Port Dickson kerana bercuti bersama keluarga dan tidak menyangka tragedi malang menimpanya.

Artikel Berkaitan:

Amran yang selamat menjalani pembedahan tidak menyangka musibah itu berlaku pada hari terakhir percutiannya kerana sepatutnya mereka sudah pulang ke Kuala Lumpur.

"Saya buat aduan kepada Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk tindakan.

"Penutup longkang itu agak nipis dan berbahaya. Tidak mustahil akan ada lagi mangsa lain jika tiada tindakan diambil," katanya.

Amran juga tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang kerana mahu pihak berwajib lebih bertanggungjawab dan integriti.