Jemaah Malaysia selamat jalani prosedur rawatan jantung

Zurina mengalami serangan jantung ketika menunaikan ibadah haji dan telah menerima rawatan di King Abdullah Medical City. Foto Awani
Zurina mengalami serangan jantung ketika menunaikan ibadah haji dan telah menerima rawatan di King Abdullah Medical City. Foto Awani
A
A
A

MAKKAH – [DIKEMAS KINI] Seorang jemaah haji Malaysia, Zurina Mat Hussin dari Maktab 85, Terengganu, berjaya diselamatkan oleh pasukan perubatan Arab Saudi selepas mengalami serangan jantung sewaktu di Tanah Suci.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Arab Saudi, Zurina mengalami serangan jantung ketika menunaikan ibadah haji dan telah menerima rawatan di King Abdullah Medical City, di sini.

Selepas menjalani prosedur rawatan, Zurina didaftarkan dalam program pemantauan kesihatan jarak jauh anjuran kerajaan Arab Saudi, yang dikendalikan oleh Hospital Maya Seha.

Keadaan beliau kini dipantau secara berterusan menggunakan peranti pintar pemantauan jantung.

Selepas menerima rawatan, Zurina dapat meneruskan ibadah haji dengan selamat, sementara kesihatannya terus dipantau secara jarak jauh.

Menurut kenyataan itu lagi, kes ini mencerminkan keupayaan perubatan maju Arab Saudi serta komitmennya yang teguh dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua jemaah haji. - Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!