Bot nelayan tempatan langgar syarat lesen ditahan

Bot nelayan tempatan kelas B yang ditahan Maritim Malaysia Pahang Sabtu lalu kerana disyaki melanggar syarat lesen.
Bot nelayan tempatan kelas B yang ditahan Maritim Malaysia Pahang Sabtu lalu kerana disyaki melanggar syarat lesen.
A
A
A

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas B kerana disyaki melanggar syarat lesen, Sabtu lalu.

Bot dikendalikan tekong serta tiga kru warga tempatan berusia antara 41 hingga 56 tahun itu ditahan ketika berada di kedudukan kira-kira 6.3 batu nautika dari Timur Tanjung Tembeling di sini.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan Mat Rejab berkata, bot berkenaan dikesan bot peronda Maritim Malaysia dalam Op Makmur dan Op Tiris sebelum ditahan kira-kira 1.45 petang untuk pemeriksaan.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati bot tersebut melanggar syarat lesen apabila pemiliknya tidak usahakan sendiri bot kelas B itu sebaliknya menggajikan empat kru di atas bot tersebut.

"Bot bersama peralatan menangkap ikan dan dokumen berkaitan dirampas sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut," katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Mazlan berkata, kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 atas kesalahan melanggar syarat lesen.

"Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak terutamanya pengusaha vesel yang melanggar syarat lesen serta tidak mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan

"Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan jenayah atau kecemasan di laut digalakkan menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau kecemasan 999 untuk tindakan segera," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!