Suasana pilu selubungi pengebumian Nurul Ain

Jenazah Nurul Ain tiba di pekarangan Masjid Al-Mukminin, Kampung Jambu Merah, Kota Bharu kira-kira jam 1.10 petang
Jenazah Nurul Ain tiba di pekarangan Masjid Al-Mukminin, Kampung Jambu Merah, Kota Bharu kira-kira jam 1.10 petang
A
A
A

KOTA BHARU - Suasana pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Jambu Merah di sini ketika pengebumian jenazah Allahyarham Nurul Ain Abdul Rahim, 39, mangsa kemalangan maut di Kampung Sungai Sam, Kuala Krai pada Jumaat.

Jenazah tiba di pekarangan Masjid Al-Mukminin, Kampung Jambu Merah kira-kira jam 1.10 petang untuk disolatkan di masjid itu.

Jenazah diiringi ibunya, Asmah Awang, 60, bapa, Abdul Rahim Mat Diah, 71, ahli keluarga dan rakan-rakan.

Sementara itu, Asmah bersyukur kerana semua urusan menuntut dan pengebumian jenazah anaknya itu berjalan lancar.

"Alhamdullah 'perjalanan' anak saya sudah selesai dan terima kasih kepada semua yang membantu memudahkan urusan," katanya.

Jenazah selesai dikebumikan pada jam 2.30 petang.

Dalam pada itu Asmah berharap, Allahyarham Nur Atikah Najihah dan Mohamad Faris dapat dibawa ke kediaman mereka untuk kali terakhir sebelum dibawa Johor Bahru.

Adik Allahyarham, Siti Zubaidah Abdul Rahim, 37, pula menyifatkan kakaknya yang tinggal dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di Nilai, Negeri Sembilan itu seorang yang tegas tetapi lemah lembut.

"Kakak rapat dengan keluarga dan selalu menghubungi ibu melalui panggilan video," katanya.

Artikel Berkaitan:

Nurul Ain bersama anak tunggalnya Nur Atikah Najihah Mohd Shah Penilzain, 18, dan menantu Mohamad Faris Kamaludin, 24, maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres kira-kira jam 11.20 pagi Jumaat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!