Keputusan kemasukan ke IPTA dan Mara BPT diumum 16 Jun

Keputusan permohonan kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA), politeknik, kolej komuniti (KK) dan Mara Bahagian Pendidikan Tinggi (Mara BPT) bagi peringkat Sijil, Asasi dan Diploma bagi Sesi Akademik 2025/2026 akan diumumkan pada 16 Jun depan. Gambar hiasan
Keputusan permohonan kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA), politeknik, kolej komuniti (KK) dan Mara Bahagian Pendidikan Tinggi (Mara BPT) bagi peringkat Sijil, Asasi dan Diploma bagi Sesi Akademik 2025/2026 akan diumumkan pada 16 Jun depan. Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Keputusan permohonan kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA), politeknik, kolej komuniti (KK) dan Mara Bahagian Pendidikan Tinggi (Mara BPT) bagi peringkat Sijil, Asasi dan Diploma bagi Sesi Akademik 2025/2026 akan diumumkan pada 16 Jun depan.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan semakan keputusan boleh dibuat mulai jam 12.00 tengah hari 16 Jun sehingga jam 5 petang, 25 Jun 2025.

"Semakan boleh dilakukan menerusi platform dalam talian di pautan https://jpt.utm.my, https://jpt.uum.edu.my, https://jpt.unimas.my, https://jpt.ums.edu.my dan https://jpt.umt.edu.my selain melalui aplikasi mudah alih UPUPocket di telefon pintar," katanya.

Jelas kementerian itu, pengesahan setuju terima tawaran boleh dibuat mulai 17 hingga 25 Jun menerusi laman web institusi yang ditawarkan, sama ada IPTA atau Mara BPT.

“Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh IPTA dan Mara BPT kepada calon yang berjaya selepas membuat pengesahan dalam tempoh ditetapkan bermula 17 Jun,” katanya.

Bagi pemohon yang tidak berjaya atau hanya menerima tawaran pengajian di peringkat sijil, mereka dibenarkan mengemukakan rayuan melalui UPUOnline untuk kemasukan ke UA dan Politeknik di pautan https://upu.mohe.gov.my, dalam tempoh 10 hari bermula jam 12 tengah hari, 16 Jun sehingga 5 petang, 25 Jun.

Sementara itu, rayuan ke Kolej Komuniti dan Mara BPT boleh dikemukakan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline.

“Tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2025/2026 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian IPTA atau Mara BPT tidak dibenarkan,” tegas kenyataan itu.

Menurut KPT, dasar pemilihan rayuan pula adalah tertakluk kepada kekosongan tempat mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.

Artikel Berkaitan:

Sebarang pertanyaan berkenaan permohonan UPUOnline® boleh dikemukakan kepada Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi di Aras 4, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, 62000 Putrajaya.

Orang ramai juga boleh menghubungi talian 03-8684 2363 atau e-mel ke upu@mohe.gov.my.

Maklumat lanjut turut dikongsi menerusi media sosial rasmi Facebook (KEMASUKAN BPKP JPT), Instagram (@KEMASUKANBPKA) dan TikTok (BKPAUPU).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!