Jumpa di mahkamah, YB Mas - Pengerusi Mara

Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi
A
A
A

SHAH ALAM – Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan memulakan prosiding saman terhadap Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin atas dakwaan menyebarkan fitnah berhubung pengurusan dana agensi itu.

Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Mas Ermieyati yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah menuduh beliau membazirkan dana Mara melalui lawatan mengejut, memotong program hafazan dan menghentikan pembiayaan pelajar dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Tak habis-habis seorang pembangkang dari Melaka buat pelbagai fitnah kononnya saya habiskan duit Mara sebab ‘terjah’, ‘tebuk hafazan’ dan sudah tidak biayai pelajar TVET.

“Insya-ALLAH, barisan peguam Mara akan memulakan prosiding saman terhadap beliau. Mula-mula saya malas nak layan tetapi kini sudah melampau dengan pelbagai fitnah yang dilemparkan.

“Jumpa di mahkamah, YB Mas,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Sebelum ini, Mas Ermieyati mengeluarkan beberapa kenyataan yang disifatkan oleh Asyraf Wajdi sebagai tidak berasas dan berunsur fitnah, berkaitan dakwaan salah urus dana serta pemberhentian program tertentu di bawah seliaan Mara.

Setakat ini, belum ada maklum balas rasmi daripada Mas Ermieyati berhubung tindakan undang-undang tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!