Yakin PH ada peluang di Cameron Highlands

Mohd Redzuan Md Yusof
Mohd Redzuan Md Yusof
A
A
A

MELAKA - PH berpeluang untuk merampas kerusi Cameron Highlands pada PRK ini kerana calon yang dikemukakan oleh parti adalah seorang yang mampu membawa perubahan di kawasan itu, kata Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Katanya, kawasan tersebut amat memerlukan perubahan dan pembaharuan khususnya berhubung penyelesaian isu-isu setempat.

"Bagaimanapun, kita perlu berusaha lebih dan kita kena membantu PH selain membantu menguatkan jentera dalam fasa kempen pilihan raya ini," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Pemerkasaan Bersatu Melaka dan Bahagian Kota Melaka, di Ujong Pasir, di sini hari ini.

Mohd Redzuan yang juga Menteri Pembangunan Usahawan turut menolak faktor etnik calon memainkan peranan dalam menentukan kemenangan pada PRK itu.

"Setiap parti mempunyai strategi politik masing-masing. Saya tidak boleh menyatakan (calon) itu betul atau itu tidak betul, terpulang kepada masyarakat mahu menerimanya," katanya.

PRK itu akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Timbalan Pengerusi DAP Pahang M. Manogaran, 60 (PH), bekas pegawai kanan polis Ramli Mohd Nor, 61 (BN) dan bekas pensyarah Institut Aminuddin Baki, Sallehudin Ab Talib, 61 serta petani Wong Seng Yee, 40 yang masing-masing bertanding atas tiket Bebas.

Semalam berlangsung proses penamaan calon manakala hari mengundi awal pada 22 Januari dan pengundian pada 26 Januari ini.-Bernama

Artikel Berkaitan: