Kempen 'Golden Ticket' Alamanda tawar e-Baucar sehingga RM1,000

Setiap lontaran membuka peluang kepada pengunjung Alamanda untuk memenangi e-Baucar bernilai sehingga RM1,000.
Setiap lontaran membuka peluang kepada pengunjung Alamanda untuk memenangi e-Baucar bernilai sehingga RM1,000.
A
A
A

PUSAT beli-belah Alamanda Putrajaya kembali dengan kempen tahunan popular, The Golden Ticket untuk tahun kelima berturut-turut bermula 23 Mei hingga 8 Jun ini, atas sambutan hangat pengunjung.

Dengan mengetengahkan tema menyeronokkan yang berinspirasikan permainan klasik ular dan tangga, pentas utama di Centre Court dihias indah dengan elemen flora dan fauna serta animasi.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan berkata, kempen itu memberi peluang kepada pengunjung yang berbelanja minimum RM500 dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih untuk melontar dadu berwarna enam.

“Setiap lontaran membuka peluang kepada pengunjung Alamanda untuk memenangi e-Baucar bernilai sehingga RM1,000,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Kempen 'Golden Ticket' tahun ini mengetengahkan tema menyeronokkan yang berinspirasikan permainan klasik ular dan tangga.
Kempen 'Golden Ticket' tahun ini mengetengahkan tema menyeronokkan yang berinspirasikan permainan klasik ular dan tangga.

Sebanyak 50 hadiah ditawarkan setiap hari dan setiap peserta dijamin membawa pulang sekurang-kurangnya satu e-Baucar Beli-belah Alamanda daripada tiga kategori utama iaitu ‘Golden Ticket’ bernilai RM1,000, ‘Yellow Ticket’ bernilai RM500 dan ‘Blue Ticket’ bernilai RM50.

Mengulas lanjut, Francis berkata, tiket yang tidak dituntut akan dibawa ke hari berikutnya dan seorang pembeli bertuah setiap hari akan menerima Golden Ticket.

“Kempen ini bukan sahaja menghidupkan suasana membeli-belah yang mengujakan, malah memberi ganjaran menarik kepada para pengunjung setia Alamanda Putrajaya,” tambah beliau.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!