Pencapaian terbaik Simsby di Terbuka Malaysia

Simsby (kanan) muncul juara golf Terbuka Malaysia selepas mengatasi pendahulu semalaman Andrew Dodt dari Australia dalam lubang kedua playoff hari ini.
 - Foto Bernama
Simsby (kanan) muncul juara golf Terbuka Malaysia selepas mengatasi pendahulu semalaman Andrew Dodt dari Australia dalam lubang kedua playoff hari ini.
 - Foto Bernama
A
A
A

PEMAIN golf warga Amerika, Trevor Simsby berjaya mencatatkan kejayaan terbesarnya dalam kariernya selepas memenangi Kejohanan Golf Terbuka Malaysia kali ke-55 di Kota Permai Golf & Country Club di sini hari ini.

Pemain berusia 27 tahun itu melakukan ‘birdie’ pada kedua-dua permainan ‘playoff’ di lubang ke-18 untuk menang mengatasi pendahulu semalam Andrew Dodt yang gagal melakukan 'birdie' pada playoff kedua selepas mereka berdua terikat dengan birdie pada playoff pertama.

Seorang lagi pemain dari Amerika Syarikat, Jarin Todd, berkongsi tempat kedua bersama Andrew, selepas beliau gagal melakukan birdie dan terkeluar pada playoff pertama.

Selepas pusingan ketiga, dihentikan semalam akibat cuaca buruk dimulakan semula pagi ini, Trevor melakukan tiga birdie dan satu bogey untuk catatan dua bawah par 70, dan terikat 13 di bawah par 203 bersama Andrew dan Jarin, pada kejohanan yang menawarkan wang tunai AS$1 juta (kira-kira RM4.16 juta).

Andrew Juara Kejohanan Sarawak 2019, yang mendahului sejak Khamis, bermula baik dengan melakukan birdie pada dua lubang pertama, namun gagal mengekalkannya dengan melakukan dua bogey dan satu doble bogey dan tamat dengan par 72.

Trevor yang kini berpusat di Kuala Lumpur, membawa pulang AS$180,000 (kira-kira RM750,960) dan trofi yang disampaikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

ARTIKEL BERKAITAN: Simsby ungguli Golf Terbuka Malaysia

Selepas memenangi kejohanan pertamanya tahun ini, Trevor mahu terus kekal kompetiti kompetitif sepanjang tahun dan meningkatkan lagi prestasinya kerana akan menyertai satu lagi Asian Tour iaitu Kejohanan Terbuka India dari 19-22 Mac.

Artikel Berkaitan:

“Ia satu minggu yang mencabar, tetapi gak sukar untuk bermain hari ini. Saya terpaksa bermain dengan agresif pada lubang ke-18 (sewaktu playoff) bagi mendapatkan peluang terbaik melakukan birdie dan tahu saya boleh lakukan yang terbaik.

“Saya menjadi pro pada 2014 dan telah lakukan pelbagai perkara pada lima tahun lepas, termasuk bekerja di padang golf. Saya rasa baik untuk saya berpangkalan di sini, cuma agak jauh dari kampung halaman.

“Dengan keluar daripada zon selesa saya untuk bermain di Asian Tour, banyak membantu saya dan buatkan saya berikan lebih baik,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian hadiah.

Kejayaan terbaik Trevor sebelum ini ialah menduduki tempat kedua pada Kejohanan Pemain Combiphar, satu kejohanan Asian Development Tour, pada September tahun lepas.

Andrew dan Jarin masing-masing membawa pulang AS$86,500 (kira-kira RM360,000). - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!