Perkukuh ASEAN sebagai hab digital - PM

Anwar. Foto fail Bernama
Anwar. Foto fail Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA – Malaysia akan terus menyokong pembangunan digitalisasi dan kecerdasan buatan (AI) sebagai usaha memperkukuh kedudukan ASEAN sebagai hab digital yang lebih kompetitif di peringkat serantau serta global.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia kini diiktiraf sebagai antara negara yang mempunyai dasar jelas serta kestabilan politik yang menjadi asas kepada pelaburan dan kemajuan digital.

“Tumpuan sebagai Pengerusi ASEAN adalah peralihan tenaga dan kita telah berjaya bersama Vietnam serta Singapura dalam projek Grid Kuasa ASEAN, tetapi fokus terbesar adalah transformasi digital,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan merasmikan pusat operasi syarikat penyedia teknologi reka bentuk litar bersepadu (IC), MaiStorage Technology, di sini pada Khamis.

Ujar beliau, pelancaran syarikat tersebut membuktikan strategi utama Kerajaan Madani dalam pendigitalan bukan sekadar retorik.

“Negara jiran juga boleh berkongsi serta menyokong usaha ini kerana kita mahu ASEAN bukan Malaysia sahaja menjadi hab digital yang lebih kompetitif,” jelas Anwar.

Tambahnya, kejayaan Malaysia menarik pelaburan dalam sektor teknologi tinggi termasuk pusat data dan AI membuktikan bahawa ekosistem digital negara berada di landasan yang kukuh.

Dalam masa sama, beliau turut menekankan pentingnya pelaksanaan dasar yang berkesan dan tadbir urus yang baik untuk memastikan hasil yang mampan.

“Cabaran terbesar kita adalah pelaksanaan yang berkesan. Sebab itu saya dan pasukan memberi tumpuan awal kepada soal tadbir urus.

Artikel Berkaitan:

“Dengan disiplin, dasar yang jelas dan pelaksanaan yang telus tanpa rasuah, kita boleh jadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelaburan dalam bidang AI dan digital,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!