Misteri air sungai bertukar jadi warna merah

CIREBON - Penduduk sebuah perkampungan gempar dengan fenomena aneh selepas air di sebatang sungai berubah menjadi warna merah pekat.
Peristiwa di Desa Kecomberan, Kecamatan Talun, Kabupaten Cirebon, Jawa Barat di Indonesia pada Isnin itu turut menjadi tular di media sosial.
Ketua kampung, Mastur Hidayat turut mengesahkan kejadian di Sungai Silayar tersebut.
"Penduduk setempat terkejut kerana ia berlaku dalam waktu singkat," ujarnya.
Menurutnya, siasatan awal mendapati sumber kejadian misteri itu mungkin berasal dari luar Desa Kecomberan dan berkemungkinan besar dari wilayah Desa Cirebon Girang hingga Sarwadadi.
"Ia sudah kembali kepada warna asal. Kami belum dapat memastikan sama ada ia disebabkan sisa buangan kilang atau faktor alam semula jadi," jelasnya lagi. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!