Dua remaja ditahan ugut sebar video bogel, minta wang RM3,800

Dua remaja lelaki ditahan di Ampang selepas disyaki memeras mangsa dengan ugutan menyebarkan video bogel. - Gambar hiasan, gambar kecil: Mohd Azam
Dua remaja lelaki ditahan di Ampang selepas disyaki memeras mangsa dengan ugutan menyebarkan video bogel. - Gambar hiasan, gambar kecil: Mohd Azam
A
A
A

AMPANG - Dua remaja lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes pemerasan dengan mengugut menyebarkan video bogel seorang lelaki dan teman wanitanya di Taman Melawati, di sini pada 11 April lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian pada jam 5 petang itu, mangsa yang berada di rumah rakannya menerima mesej WhatsApp daripada individu yang dikenali.

“Suspek meminta wang dan mengugut untuk menyebarkan video bogel mangsa sekiranya permintaan tidak dipenuhi.

“Akibat bimbang video itu disebarkan, mangsa telah membuat bayaran berjumlah RM2,800 secara ansuran kepada suspek di sekitar Kuala Lumpur. Suspek kemudian meminta lagi RM1,000 sebelum mangsa membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mohd Azam berkata, susulan itu, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ampang Jaya telah menahan dua lelaki berusia 18 tahun di kawasan pusat beli-belah di Ampang pada Ahad.

“Kita merampas tiga telefon bimbit yang dipercayai digunakan dalam kegiatan pemerasan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, hasil semakan mendapati hanya seorang daripada suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau termasuk kesalahan berkaitan dadah.

“Ujian saringan air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC),” katanya.

Mohd Azam berkata, kedua-dua suspek kini direman selama empat hari bermula Isnin hingga Khamis bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan dan Seksyen 292 akta sama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!