Komuniti Pemburu Ikan Asing pulihkan ekosistem sungai
20 Mei 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Ekosistem sungai di negeri-negeri Semenanjung, kecuali di Pantai Timur berada dalam keadaan membimbangkan apabila dikuasai spesis ikan asing terutamanya ikan bandaraya, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Pengasas Pertubuhan Komuniti Pemburu Ikan Asing, Muhammad Haziq A Rahman berkata, data tersebut diperoleh berdasarkan tinjauan dan aktiviti memburu ikan asing yang diadakan dengan kerjasama Jabatan Perikanan.
Menurutnya, sejak misi skuad tersebut bermula pada tahun 2022, lebih 40,000 ikan asing, kebanyakannya ikan bandaraya berjaya ditangkap.
#SinarHarian #BeritaSemasa #buruikanasing #ekosistemsungai #ikanbandaraya