Dua warga Indonesia ditahan melombong emas secara haram

JELI – Dua lelaki warga Indonesia ditahan polis selepas disyaki melombong emas secara haram di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Jeli, Superintenden Kamarulzaman Harun berkata, kedua-dua suspek yang ditahan itu masing-masing berusia 30 dan 32 tahun.
“Turut dirampas dalam serbuan itu sebuah jengkaut, janakuasa dan mesin palong yang dipercayai digunakan untuk aktiviti melombong emas secara haram,” katanya ketika dihubungi pemberita pada Selasa.
Menurut beliau, kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Ujarnya, bagi kes melombong secara haram, polis telah menyerahkan kes terbabit kepada Pejabat Tanah dan Galian untuk tindakan selanjutnya.
Kamarulzaman memberitahu, semasa ditahan, kedua-dua lelaki itu gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah termasuk permit menjalankan aktiviti perlombongan emas.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

