Kes Bella: Siti Bainun mohon guna laporan polis berkait kes Zayn Rayyan
19 Mei 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Peguam yang mewakili Siti Bainun Ahd Razali memberitahu Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada Isnin bahawa, pembelaan telah memasukkan notis usul pada 7 Mei lalu, berkaitan laporan polis dibuat ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matin, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Peguam, Haijan Omar yang mewakili Pengasas Rumah Bonda itu berkata demikian ketika prosiding rayuan terhadap hukuman penjara 12 tahun kerana mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #KesBella #SitiBainun #ZaynRayyan
