Golongan muda Malaysia masih kurang jelas mengenai ASEAN - Kajian

Kajian persepsi dilakukan ke atas pelajar universiti di Malaysia mendapati kumpulan yang mewakili golongan muda itu masih kurang jelas mengenai ASEAN.
Kajian persepsi dilakukan ke atas pelajar universiti di Malaysia mendapati kumpulan yang mewakili golongan muda itu masih kurang jelas mengenai ASEAN.
A
A
A

SHAH ALAM - Kajian persepsi dilakukan ke atas pelajar universiti di Malaysia mendapati kumpulan yang mewakili golongan muda itu masih kurang jelas mengenai ASEAN.

Dapatan itu diperoleh menerusi Kajian Persepsi Terhadap ASEAN oleh Pelajar Universiti Malaysia yang dilakukan secara bersama Tun Tan Cheng Lock Institute of Social Studies, Universiti Tunku Abdul Rahman; Institute of Borneo Studies, Universiti Malaysia Sarawak dan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara, Perlis.

Dapatan kajian persepsi golongan belia terhadap ASEAN
Dapatan kajian persepsi golongan belia terhadap ASEAN

Kajian yang dibuat bersempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 di Kuala Lumpur minggu depan itu melibatkan seramai 543 responden berusia antara 16 hingga 40 tahun terdiri daripada pelbagai kaum.

Antara ahli akademik yang terlibat dalam dalam laporan dapatan itu ialah Dr Tan Sing Pei, Dr Azhar Abdul Rahman, Dr Chin Yee Mun, Dr Wong Voon Hee, Dr Phua Yeong Nan dan Ani Hafify Anil Yakin.

Hasil kajian juga menunjukkan golongan muda di Malaysia mempunyai pengetahuan dan kesedaran yang terhad tentang ASEAN serta inisiatif, sekali gus berpandangan peranannya perlu dipromosikan secara meluas kerana beberapa langkah terperinci akan memberi kesan langsung kepada rakyat yang tinggal dalam rantau ini.

Ini dapat dilihat apabila skor purata bagi item pemahaman dan keakraban masing-masing, menunjukkan lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk memastikan maklumat berkaitan ASEAN difahami dengan baik.

Sementara itu, dapatan kajian tersebut juga menunjukkan pelajar berkenaan mempunyai harapan tinggi terhadap ASEAN dan berharap lebih banyak aktiviti untuk mempromosikan program dibuat pada masa akan datang.

Responden yang terlibat dalam kajian itu bagaimanapun memberikan sentimen positif, walaupun kesedaran terhadap ASEAN terhad, serta menyatakan kebanggaan kuat keahlian Malaysia dalam negara aggota tersebut.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, belia Malaysia juga berpandangan, kelebihan terbesar ASEAN bagi mereka termasuklah perpaduan, kerjasama, ekonomi, budaya, dan keamanan, sekali gus menunjukkan golongan berkenaan menghargai peranan ASEAN dalam integrasi dan keharmonian serantau.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung pada 26 dan 27 Mei ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), menghimpunkan 10 pemimpin negara anggota blok itu, bagi membincangkan isu serantau serta memupuk kerjasama ekonomi, selain memperjuangkan prinsip keterangkuman dan kemampanan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!