Pearly-Thinaah juara Terbuka Thailand

Pearly (kanan) dan Thinaah muncul juara Terbuka Thailand selepas menewaskan pasangan Korea Selatan dalam aksi final di Bangkok pada Ahad. Foto Agensi.
Pearly (kanan) dan Thinaah muncul juara Terbuka Thailand selepas menewaskan pasangan Korea Selatan dalam aksi final di Bangkok pada Ahad. Foto Agensi.
A
A
A

BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah meraih gelaran pertama pada musim ini apabila muncul juara kejohanan berstatus Super 500 Terbuka Thailand di Bangkok sebentar tadi.

Kejayaan pasangan berstatus keempat dunia itu melakar kejayaan tersebut selepas menumpaskan gandingan baharu, Jeong Na-eun dan Lee Yeon-woo yang menghuni ranking ke-105 dunia.

Kemenangan 2-0 ke atas gandingan Korea Selatan itu menjadi tonik tambahan buat pasangan negara yang bakal menggalas cabaran Malaysia dalam saingan Masters Malaysia di Bukit Jalil bermula Selasa ini.

Biarpun ditentang hebat gandingan dari negara Kimchi itu, Pearly-Thinaah yang dibimbing Rosman Razak tenang mengawal gelanggang untuk menang 21-16 pada set pertama.

Na-eun dan Yeon-woo kemudian memperkemaskan corak pemainan, namun pengalaman memisahkan Pearly-Thinaah yang mengesahkan kemenangan 21-17 dalam masa 57 minit permainan.

Menerusi kejayaan tersebut, pasangan negara yang dikaitkan dengan kemelut berkaitan kontrak bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu membawa pulang AS$37,525 (RM161,191), manakala pasangan Korea Selatan pula meraih AS$18,050 (RM77,535).

Sebagai rekod, ia merupakan pentas final kedua buat Pearly-Thinaah selepas muncul naib juara Masters Indonesia awal tahun ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!