Majlis kahwin jadi huru-hara, wanita 'serang' bekas tunang

Tular sebuah rakaman memaparkan seorang wanita 'menyerang' majlis perkahwinan bekas tunangnya.
Tular sebuah rakaman memaparkan seorang wanita 'menyerang' majlis perkahwinan bekas tunangnya.
A
A
A

BHUBANESWAR - Tular sebuah rakaman memaparkan seorang wanita 'menyerang' majlis perkahwinan bekas tunangnya seperti babak dalam filem.

The Times of India melaporkan wanita itu berang setelah lelaki itu memutuskan pertunangan mereka secara tiba-tiba sedangkan mereka sudah menjalinkan hubungan sejak 2021 dan merancang berkahwin pada tahun ini.

Kejadian menggemparkan keluarga kedua-dua mempelai dan para tetamu itu berlaku di bandar Bhubaneswar di India.

"Pengantin lelaki juga terkejut dan menunduk malu setelah melihat tunangnya. Wanita itu menjelaskan dia sudah pun membuat persiapan untuk hari bahagia mereka.

"Tetapi, hubungan mereka mula renggang sejak beberapa bulan lalu setelah lelaki tersebut meminta hantaran yang tinggi dan majlis perkahwinan yang mewah.

"Permintaan itu ditolak dan lelaki itu kemudiannya memutuskan pertunangan mereka tanpa persetujuannya serta menyekat seluruh akses komunikasi dan menghilang tanpa khabar," jelas laporan itu lagi.

Wanita itu juga menjelaskan dia akhirnya mendapat tahu tentang majlis perkahwinan tersebut sedangkan mereka baru putus beberapa hari lalu.

"Dia berlaku curang ketika masih menjadi tunang saya. Dia turut mengambil wang dan tidak mengembalikan cincin pertunangan kami," menurut laporan itu memetik luahan hati wanita tersebut.

Artikel Berkaitan:

Dek situasi yang semakin tegang, pihak keluarga perempuan yang menjadi mangsa keadaan terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan tersebut.

Warganet yang simpati dengan nasib wanita itu mengecam lelaki berkenaan kerana tergamak meninggalkan tunangnya demi berkahwin dengan bakal isteri lebih kaya. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!