Ibu maut, dua anak cedera kereta bertembung lori

Seorang ibu maut dipercayai tersepit selepas kereta jenis Perodua Kancil dipandunya bertembung dengan sebuah lori 10 tan di kilometer 42 Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Chiku Tiga pada Khamis. Foto: JBPM, PDRM

A
A
A

GUA MUSANG - Seorang ibu maut dipercayai tersepit selepas kereta jenis Perodua Kancil yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori 10 tan di Kilometer 42, Jalan Gua Musang–Kuala Krai berhampiran Chiku Tiga, di sini, pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, mangsa, Rohaya Jaafar, 42, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala dua anaknya berusia sembilan dan 14 tahun mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati mangsa bersama dua anaknya dalam perjalanan dari arah Gua Musang menghala ke Kuala Krai.

Mangsa, Rohaya meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua anaknya yang berusia sembilan dan 14 tahun mengalami kecederaan. Foto: JBPM, PDRM
Mangsa, Rohaya meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua anaknya yang berusia sembilan dan 14 tahun mengalami kecederaan. Foto: JBPM, PDRM

“Ketika tiba di lokasi kejadian, kereta yang dipandu wanita terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan sebelum merempuh sebuah lori.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Kereta dipandu wanita terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh sebuah lori.
Kereta dipandu wanita terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh sebuah lori.

Menurut beliau, dua anak mangsa dibawa ke Klinik Chiku Tiga untuk menerima rawatan.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut diminta menghubungi talian 09-9121222 untuk membantu siasatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!