Gudang penyimpanan kabel elektrik musnah terbakar

Gudang penyimpanan kabel elektrik dua tingkat musnah 90 peratus dalam satu kebakaran di Taman Inderawasih, Perai, pada petang Selasa.
Gudang penyimpanan kabel elektrik dua tingkat musnah 90 peratus dalam satu kebakaran di Taman Inderawasih, Perai, pada petang Selasa.
A
A
A

BUTTERWORTH – Sebuah gudang penyimpanan kabel elektrik dua tingkat musnah 90 peratus dalam satu kebakaran di Taman Inderawasih, Perai, di sini pada petang Selasa.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.59 petang itu melibatkan bangunan berkeluasan 60 x 40 kaki persegi, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai, Timbalan Penguasa Bomba II Faizal Saari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.59 petang sebelum jentera pertama tiba di lokasi 10 minit kemudian.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6.59 petang, namun tidak mangsa dilaporkan terlibat.
Kejadian berlaku kira-kira jam 6.59 petang, namun tidak mangsa dilaporkan terlibat.

“Jarak lokasi dari balai adalah kira-kira enam kilometer. Api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 7.59 malam dan operasi masih belum tamat sepenuhnya," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, operasi melibatkan pembahagian kepada tiga sektor iaitu A, B dan C yang disertai oleh 31 anggota termasuk ketua balai serta dibantu oleh pasukan bomba sukarela berhampiran, antaranya dari Kepala Batas, Sungai Puyu, Cross Street, Bagan Ajam, Raja Uda, Taman Sukun, Machang Bubok, Permatang Pauh, Kampung Selamat dan Berapit.

Antara balai bomba yang terlibat termasuk BBP Perai, Jalan Perak, Bandar Perda, Sungai Bakap dan Butterworth.

“Tindakan pantas semua pihak berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan lain.

Artikel Berkaitan:

Anggota bomba giat menjalankan operasi pemadaman.
Anggota bomba giat menjalankan operasi pemadaman.

“Tiada mangsa terlibat dalam kejadian ini dan anggota kini sedang menjalankan kerja-kerja overhaul bagi memastikan tiada lagi sebarang kemerbahayaan di lokasi,” katanya.

Tambah beliau, antara agensi lain yang membantu operasi ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Operasi pemadaman masih berjalan dan maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!