Tular sekumpulan pelajar 'seronok' hisap vape

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Satu rakaman video yang memaparkan sekumpulan pelajar sekolah menghisap rokok elektronik (vape) menjadi tular di media sosial selepas ia dimuat naik seorang pengguna di laman X.
Di dalam rakaman yang berdurasi lebih seminit itu, pelajar lelaki dilihat menyedut dan menghembus asap berkepul-kepul sebelum menyerahkan peranti tersebut kepada yang lain secara bergilir- gilir.
Berdasarkan pengamatan, usia kumpulan pelajar berkenaan dianggarkan antara 11 hingga 13 tahun.
Masing-masing mereka memakai pakaian sukan sekolah berwarna unggu dan membawa beg sekolah.
Penggunaan dan pemilikan rokok elektronik dalam kalangan pelajar sekolah adalah dilarang berdasarkan Surat Siaran Bilangan 17 Tahun 2015 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Bagaimanapun ia mudah didapati di platform jualan atas talian meskipun Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) bagi melarang penjualan, pengiklanan dan promosi semua produk merokok termasuk rokok elektronik dan vape, kepada individu di bawah umur 18 tahun berkuat kuasa sejak 1 Oktober 2024.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!