Nahas FRU: KPN arah siasatan terperinci

Keadaan lori Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang terbabit kemalangan dengan muatan lori batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam pada Selasa. Foto Bernama
Keadaan lori Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang terbabit kemalangan dengan muatan lori batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam pada Selasa. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain telah mengarahkan siasatan terperinci dilakukan Polis Kontinjen Perak berkaitan kes kemalangan maut melibatkan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak, pada Selasa.

Razarudin berkata, siasatan perlu dilakukan secara adil, telus berlandaskan undang-undang.

“Susulan daripada kemalangan yang berlaku, saya sudah hubungi Ketua Polis Perak bagi melaksanakan siasatan terperinci.

“Kita jamin kebajikan semua anggota yang terkesan dengan insiden ini diberi bantuan sebaiknya,” katanya dihubungi pada Selasa.

Tan Sri Razarudin Husain
Tan Sri Razarudin Husain

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi Selasa, nahas membabitkan sebuah lori membawa muatan batu kerikil dan sebuah trak FRU yang membawa 15 anggota termasuk pemandu.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, berkata semua anggota FRU terbabit adalah dari Unit 5 Sungai Senam, Ipoh.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!