Penuntut Bangladesh didenda gesel wanita Amerika di LRT
09 Mei 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Tindakan seorang penuntut universiti swasta dari Bangladesh menggesel seorang wanita warga Amerika di Transit Aliran Ringan (LRT) Universiti mengundang padah apabila didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Rahman Md Moshiur, 28, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret S Mageswary.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #PenuntutBangldesh #GeselWanita
