22 ditahan cuba masuk Makkah tanpa permit haji

Pasukan Keselamatan Haji telah menahan seorang penduduk warga Mesir kerana membawa 22 individu menaiki bas ke Makkah. Gambar hiasan
Pasukan Keselamatan Haji telah menahan seorang penduduk warga Mesir kerana membawa 22 individu menaiki bas ke Makkah. Gambar hiasan
A
A
A

MAKKAH – Pasukan Keselamatan Haji telah menahan seorang penduduk warga Mesir kerana membawa 22 individu menaiki bas ke sini, sekali gus melanggar peraturan dan arahan berkaitan ibadah haji.

Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), kesemua mereka ditahan ketika cuba memasuki Makkah tanpa permit haji.

Pihak berkuasa telah menahan pemandu serta semua penumpang, dan mereka telah dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan untuk tindakan undang-undang yang sewajarnya. - Bernama-SPA

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!