Tiga jihad tumbangkan Zionis

Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM QAS International Sdn Bhd, Ts Md Adha Rahmat (tiga dari kanan) menyampaikan sijil ISO 9001: 2015 Quality Management Systems kepada Muhammad Nadir Al Nuri sempena program diadakan pada Rabu.
Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM QAS International Sdn Bhd, Ts Md Adha Rahmat (tiga dari kanan) menyampaikan sijil ISO 9001: 2015 Quality Management Systems kepada Muhammad Nadir Al Nuri sempena program diadakan pada Rabu.
A
A
A

BANGI - Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) MyAqsa Defenders (MyAD) menggerakkan jihad terhadap Israel melalui tiga lapangan utama sebagai usaha menyahut seruan ulama dalam membela Palestin.

Pengerusi MyAD, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata, inisiatif tersebut merangkumi jihad digital, jihad ilmu dan jihad fizikal bagi menggerakkan seluruh masyarakat serta memupuk kesedaran dalam kalangan umat Islam.

“Jihad digital memberi tumpuan kepada usaha mematahkan naratif penjajah di media sosial dan media massa dengan menubuhkan unit khas memerangi penyebaran maklumat palsu dan menyebarkan kebenaran dengan fakta sebenar termasuk suara rakyat Gaza sendiri.

“Jihad ilmu pula bertujuan memperkasakan masyarakat dengan kefahaman menyeluruh berkaitan konsep jihad dan isu Palestin, melalui modul-modul pendidikan yang akan diusulkan kepada pihak berwajib untuk dijadikan sebahagian daripada silibus pendidikan negara.

“Seterusnya, jihad fizikal melibatkan usaha menghidupkan kembali sukan sunnah seperti berenang, memanah dan berkuda yang diyakini dapat membina kekuatan fizikal dan mental dalam kalangan umat Islam,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Meet & Greet Rakan Media di Perpustakaan Cinta Gaza Malaysia di sini pada Rabu.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia berkata, ketiga-tiga bentuk jihad ini akan dilancarkan menerusi program Perkampungan Gaza Bangkit yang akan berlangsung di Murtadha Dakwah Centre (MADAD), Sungai Petani dari 30 Mei hingga 1 Jun ini.

Jelasnya, perkampungan ini dijangka menarik lebih 50,000 pengunjung dengan 10,000 orang daripadanya mendaftar sebagai penggerak aktif kempen.

“Program ini juga bakal diperluas ke peringkat antarabangsa melibatkan negara seperti Pakistan, Sri Lanka, Turkiye dan Indonesia yang telah menyatakan komitmen awal untuk menyokong gerakan ini.

“MyAD percaya perjuangan ini bukan hanya berkisar soal Gaza, tetapi melibatkan maruah dan prinsip kemanusiaan sejagat.

Artikel Berkaitan:

“Jika kita tidak bersuara hari ini, generasi akan datang akan mewarisi ketakutan dan kebisuan,” tegas beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!