SC beri amaran penipuan penyamaran libatkan deposit jaminan palsu

SC tidak meluluskan sebarang skim pelaburan, meminta wang daripada orang ramai atau permintaan secara deposit dalam sebarang bentuk untuk siasatan kawal selia.
SC tidak meluluskan sebarang skim pelaburan, meminta wang daripada orang ramai atau permintaan secara deposit dalam sebarang bentuk untuk siasatan kawal selia.
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada Khamis memberi amaran kepada orang ramai mengenai penipuan penyamaran yang menuntut bayaran dan menyamar sebagai pihak SC.

Penipuan tersebut melibatkan pelaku yang mendakwa secara palsu bahawa mangsa sedang “di bawah siasatan” SC atas kesalahan pasaran seperti perdagangan orang dalam dan manipulasi pasaran.

“Mangsa kemudiannya akan dipaksa untuk membayar ‘deposit jaminan’ yang dilaporkan berjumlah sehingga RM500,000, kononnya untuk mengelakkan tindakan undang-undang termasuk penangkapan atau pendakwaan.

“Modus operandi penipuan ini mempunyai ciri-ciri Macau Scam di mana nama SC telah disalahgunakan untuk memperdaya mangsa supaya membuat pembayaran,” kata badan kawal selia itu.

Menurut SC, pihaknya tidak pernah meluluskan sebarang skim pelaburan, meminta wang daripada orang ramai atau membuat sebarang permintaan deposit dalam apa-apa bentuk untuk tujuan siasatan kawal selia.

SC menggesa orang ramai supaya berhati-hati dan mengesahkan sebarang tawaran pelaburan melalui Penyemak Pelaburan SC di laman sesawang www.sc.com.my/investment-checker.

Jika menerima sebarang permintaan pembayaran yang mendakwa daripada SC atau kakitangannya, orang ramai diminta menghubungi Pejabat Pengguna dan Pelabur SC melalui e-mel di aduan@seccom.com.my atau talian 03-6204 8999 untuk pengesahan atau laporan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!