Robot tiba-tiba hidup 'serang' pekerja kilang

Rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsi di Instagram dan X menunjukkan robot kilang menjadi aktif secara tiba-tiba.
Rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsi di Instagram dan X menunjukkan robot kilang menjadi aktif secara tiba-tiba.
A
A
A

BEIJING - Sebuah klip tular mencetuskan perdebatan tentang risiko teknologi kecerdasan buatan (AI) dan robotik kepada manusia.

Rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsi di Instagram dan X menunjukkan robot kilang menjadi aktif secara tiba-tiba.

"Robot yang terikat pada kren itu bergerak secara agresif sambil menghayunkan tangannya kepada dua pekerja kilang yang berada berhampirannya.

"Mujur mereka tidak panik dan bertindak segera menutup sumber kuasa robot berkenaan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini," lapor media tempatan.

'Amukan' robot itu turut mengundang pelbagai reaksi warganet malah ada yang membandingkan insiden tersebut dengan filem sains fiksyen, The Terminator apabila robot menyerang manusia.

Rangkaian media NEXTA berpusat di Belarus turut berkongsi video itu dengan kapsyen, 'beginilah keadaan 'kebangkitan' mesin. Video sedang tular menunjukkan robot mengamuk ketika ujian'.

Insiden itu turut mencetuskan kebimbangan terhadap ancaman dan risiko robot canggih di tempat kerja berikutan kebanyakan warganet memilih sistem AI seperti ChatGPT yang dianggap kurang berbahaya. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!