Pekerja kilang didakwa bunuh bapa mentua

V Seorang pekerja kilang didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan membunuh bapa mentuanya, bulan lalu.
V Seorang pekerja kilang didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan membunuh bapa mentuanya, bulan lalu.
A
A
A

SEREMBAN – Seorang pekerja kilang didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan membunuh bapa mentuanya, bulan lalu.

Tiada pengakuan direkodkan oleh tertuduh, V. Karthiy, 32, yang hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Hazeelia Muhammad.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memukul dan menumbuk dada mangsa bertubi-tubi sehingga menyebabkan kematian mangsa, P. Sasi Kumar, 52.

Kesalahan itu dilakukan pada 27 April 2025, kira-kira jam 2.30 petang di Taman Rahang, di sini.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun.

Jika tidak dihukum mati, tertuduh hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nur 'Aqilah Syarfa Nik Zaidi, manakala tertuduh diwakili peguam A. R. Thamayanthy.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 18 Jun depan bagi mendapatkan laporan bedah siasat dan laporan kimia.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!