PGA rampas pokok hiasan, tahan pemandu lori

PGA rampas 70 pokok Kesinai Merah dan 20 pokok Bromeliad bernilai RM156,000 selepas menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di Kampung Jakar, Jalan Pasir Mas pada Selasa. Foto PGA
PGA rampas 70 pokok Kesinai Merah dan 20 pokok Bromeliad bernilai RM156,000 selepas menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di Kampung Jakar, Jalan Pasir Mas pada Selasa. Foto PGA
A
A
A

PASIR MAS - Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 70 pokok Kesinai Merah dan 20 pokok Bromeliad bernilai RM156,000 selepas menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di Kampung Jakar, Jalan Pasir Mas di sini pada Selasa.

Rampasan yang dilakukan pada jam 9.20 malam semasa penugasan Op Taring Wawasan itu turut menahan seorang pemandu lelaki berusia 25 tahun.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan mendapati tanaman berkenaan tidak mempunyai dokumen serta permit sah serta dipercayai mempunyai serangga perosak.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167) dan kesemua rampasan termasuk suspek telah diserahkan kepada Jabatan Pertanian Kelantan untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita pada Rabu.

Menurut beliau, PGA akan terus mempergiatkan operasi seumpama itu bagi memastikan tanaman di negara ini bebas daripada ancaman serangga perosak dan penyakit berbahaya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!