Polis kesan wanita bantu kes penipuan pakej pelancongan

Polis Johor sedang mengesan dua wanita bagi membantu siasatan kes penipuan pakej pelancongan ke China.
Polis Johor sedang mengesan dua wanita bagi membantu siasatan kes penipuan pakej pelancongan ke China.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Polis Johor sedang mengesan dua wanita bagi membantu siasatan kes penipuan pakej pelancongan ke China.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, sebanyak 34 laporan polis telah diterima di seluruh negeri sejak akhir April lalu, melibatkan jumlah kerugian mencecah RM338,080.

“Mangsa hanya menyedari mereka ditipu selepas gagal menghubungi suspek ketika tarikh penerbangan semakin hampir.

“Kesemua mangsa membuat bayaran kepada ejen yang mewakili syarikat terbabit namun gagal berlepas seperti dijanjikan.

“Siasatan masih dijalankan dan polis kini sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan, dua individu yang dikehendaki ialah Low Siew Hwa beralamat di No. 3, Jalan Jayamas 9, Taman Nusajaya Mas dan Lim Zhi Xuan di No. 18, Jalan Indah 11/5, Garden Villas, Bukit Indah, Johor.

Menurut Kumar, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, yang memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum 10 tahun, sebatan dan juga denda jika sabit kesalahan.

Beliau turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua individu itu untuk tampil membantu siasatan..

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!