Sebuah keluarga hilang tempat berteduh

Rumah mangsa terbakar 90 peratus dalam kejadian di Kampung Bukit Cherakah, Jeram, Kuala Selangor pada Isnin.
Rumah mangsa terbakar 90 peratus dalam kejadian di Kampung Bukit Cherakah, Jeram, Kuala Selangor pada Isnin.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Sebuah keluarga hilang tempat berteduh apabila rumah didiami hampir musnah dalam kebakaran di Kampung Bukit Cherakah, Jeram di sini pada petang Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.37 petang.

“Seramai sembilan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor serta BBP Bestari Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba tiba jam 4.55 petang dan komander operasi melaporkan bahawa kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas C terbakar 90 peratus,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, jarak ke tempat kejadian sekitar 20 kilometer dan operasi pemadaman dijalankan sejurus tiba di lokasi.

“Bagaimanapun, kebakaran ini tidak melibatkan sebarang mangsa,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!