Polis cari saksi kemalangan maut libatkan 2 penunggang motosikal

Laporan Sinar Harian berhubung kejadian dua lelaki maut motosikal bertembung, terbakar. Gambar kecil: Jay January Siowou
Laporan Sinar Harian berhubung kejadian dua lelaki maut motosikal bertembung, terbakar. Gambar kecil: Jay January Siowou
A
A
A

NIBONG TEBAL – Polis meminta kerjasama orang ramai yang menyaksikan kemalangan maut melibatkan dua penunggang motosikal di Jalan Paya Kemian, di sini pada Ahad untuk tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Jay January Siowou berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 pagi dan melibatkan dua lelaki tempatan yang masing-masing menunggang motosikal jenis Honda NF100 berwarna biru dan Honda C100 berwarna hitam.

Menurutnya, salah seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Bakap.

“Berikutan kemalangan itu, kedua-dua motosikal terbakar sepenuhnya dan mengalami kerosakan teruk.

“Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Unit Forensik hospital untuk dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambah beliau, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan di talian 04-585 8222.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa dua lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka bertembung sebelum terbakar dalam kejadian di Jalan Sungai Kechil, berhampiran Jawi Golf Resort, pada awal pagi Ahad.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!