Juruterbang maut pesawat terhempas langgar dua bangunan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A
LOS ANGELES - Seorang juruterbang maut apabila sebuah pesawat ringan terhempas di kawasan perumahan di Selatan California pada Sabtu, lapor Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan.

Menurut stesen KABC-TV, nahas berlaku sekitar jam 1.51 petang waktu tempatan (2051 GMT) berhampiran blok 200, High Meadow Street di Simi Valley, kira-kira 64 kilometer barat laut pusat bandar Los Angeles.

Pesawat itu melanggar dua struktur bangunan dan mengakibatkan kebakaran.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat memaklumkan bahawa juruterbang terbabit merupakan satu-satunya individu dalam pesawat berkenaan dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan di kawasan sekitar. - Bernama
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!