Tiga cedera dalam insiden tikaman di masjid Kanada

Tiga cedera dalam insiden tikaman di masjid Hamilton, Kanada. Gambar hiasan
Tiga cedera dalam insiden tikaman di masjid Hamilton, Kanada. Gambar hiasan
A
A
A

HAMILTON - Sekurang-kurangnya tiga orang cedera dalam satu insiden tikaman di sebuah masjid di bandar Hamilton, Kanada, menurut polis pada Jumaat.

Anadolu Ajansi (AA) melaporkan Perkhidmatan Polis Hamilton dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian tikaman yang berlaku di sebuah masjid di pusat bandar.

Pihak berkuasa pada awalnya melaporkan dua individu telah dibawa ke hospital.

Seorang mangsa mengalami kecederaan yang tidak mengancam nyawa dan dihantar ke hospital, manakala seorang lagi dirawat di lokasi kejadian akibat kecederaan ringan.

"Mangsa ketiga hadir sendiri ke hospital dengan kecederaan yang tidak serius,” kata polis dalam kenyataan berasingan.

Pihak berkuasa mengesahkan dua suspek melarikan diri dari lokasi ke arah yang tidak diketahui.

Walaupun motif masih disiasat, polis berkata maklumat awal menunjukkan insiden itu bukan bermotifkan kebencian dan suspek serta mangsa saling mengenali.

Setakat ini tiada butiran mengenai suspek didedahkan dan polis menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan. - Bernama-Anadolu

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!