Polis bongkar aktiviti melombong bitcoin haram guna elektrik curi

Polis Terengganu dengan bantuan TNB menyerbu dua premis di Hulu Terengganu dan Marang yang disyaki menjalankan kegiatan mencuri elektrik untuk aktiviti melombong mata wang kripto. Gambar kecil: Mohd Khairi
Polis Terengganu dengan bantuan TNB menyerbu dua premis di Hulu Terengganu dan Marang yang disyaki menjalankan kegiatan mencuri elektrik untuk aktiviti melombong mata wang kripto. Gambar kecil: Mohd Khairi
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Dua premis disyaki mencuri bekalan elektrik untuk menjalankan aktiviti perlombongan mata wang kripto diserbu pihak polis dalam dua operasi berasingan di Hulu Terengganu dan Marang, pada Rabu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, serbuan dijalankan Cawangan D4, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu dengan kerjasama Pasukan SEAL dari Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Menurutnya, serbuan pertama dilakukan di tingkat atas sebuah premis di Batu 18, Bukit Perpat, Jalan Kuala Berang Ajil, Hulu Terengganu selepas maklumat risikan mendapati berlakunya kecurian bekalan elektrik.

"Hasil pemeriksaan menemukan 21 mesin ‘Avalon Miner’, tiga unit alat agihan arus elektrik, satu pemutus litar bersama agihan, kipas pendingin industri, alat router dan network switch TP-Link.

Sebanyak 44 mesin bitcoin dan pelbagai peralatan rampasan dibawa ke IPD Hulu Terengganu dan Marang untuk siasatan.
Sebanyak 44 mesin bitcoin dan pelbagai peralatan rampasan dibawa ke IPD Hulu Terengganu dan Marang untuk siasatan.

"Semua peralatan ini digunakan untuk melombong Bitcoin menggunakan bekalan elektrik yang disambung secara haram dari TNB," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Beliau berkata, serbuan kedua pula dijalankan di sebuah premis dua tingkat di Wakaf Tapai, Marang yang turut dikesan menjalankan aktiviti sama.

"Sebanyak 24 mesin ‘Avalon Miner’ dan peralatan elektrik seperti yang dijumpai dalam serbuan pertama turut dirampas.

Artikel Berkaitan:

"Tiada tangkapan dibuat dalam kedua-dua serbuan, namun semua barang rampasan telah dibawa ke IPD Hulu Terengganu dan IPD Marang untuk siasatan lanjut,” katanya.

Jelas beliau, kes itu disiasat di bawah Seksyen 379 dan 427 Kanun Keseksaan serta Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak terlibat dalam kegiatan mencuri bekalan elektrik, sama ada untuk tujuan sendiri atau komersial seperti perlombongan kripto.

Kakitangan TNB memeriksa premis disyaki menjalankan kegiatan mencuri elektrik untuk aktiviti melombong mata wang kripto.
Kakitangan TNB memeriksa premis disyaki menjalankan kegiatan mencuri elektrik untuk aktiviti melombong mata wang kripto.

"Perbuatan ini bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah boleh mendatangkan risiko keselamatan dan merugikan pihak penyedia tenaga.

"Laporkan segera sebarang aktiviti mencurigakan agar kita sama-sama dapat mewujudkan persekitaran yang selamat dan patuh undang-undang,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!