Pembangunan berteras teknologi, perlindungan alam sekitar antara tumpuan PTKL2040

Anwar ketika menghadiri Taklimat Pewartaan PTKL2040 pada Selasa. Foto Facebook Anwar Ibrahim
Anwar ketika menghadiri Taklimat Pewartaan PTKL2040 pada Selasa. Foto Facebook Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PTKL2040) antara lain akan memberi tumpuan kepada penyelarasan guna tanah antara Kerajaan Persekutuan dan awam, penggalakan pembangunan berteraskan teknologi serta perlindungan alam sekitar dan warisan bandar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, draf PTKL2040 juga, memperkenalkan pendekatan baharu seperti insentif pembangunan semula, kawalan nisbah plot yang fleksibel dan pelaksanaan zon guna tanah baharu demi kesejahteraan komuniti bandar.

"Orang ramai dijemput menghadiri Hari Terbuka pada Khamis hingga Jumaat depan, sebelum pelan ini diwartakan secara rasmi hujung Mei nanti,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Menerusi hantara itu juga, Perdana Menteri turut memaklumkan beliau telah menghadiri Taklimat Pewartaan PTKL2040 pada Selasa, yang membentangkan inisiatif pembangunan ibu negara secara lebih mampan dan inklusif. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!