Pelan pemulihan bantu mangsa kebakaran Putra Heights diumumkan minggu depan

Keadaan kediaman penduduk dan kenderaan yang musnah dalam insiden kebakaran saluran gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights baru-baru ini. Foto fail Bernama
Keadaan kediaman penduduk dan kenderaan yang musnah dalam insiden kebakaran saluran gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights baru-baru ini. Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Satu pelan pemulihan menyeluruh bagi membantu mangsa insiden letupan saluran gas di Putra Heights akan diumumkan minggu ini, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Menurut Kor Ming, perkara itu akan diumumkan beliau bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

"Berita baik akan dibawa oleh Kerajaan MADANI kepada mangsa-mangsa kebakaran Putra Heights pada minggu ini,” katanya menerusi hantaran di laman sosial X, pada Selasa.

Kejadian pada 1 April itu mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus, 81 separa musnah, 57 terkesan tetapi tidak terbakar manakala 218 rumah tidak terjejas termasuk di Kampung Tengah, Puchong.

Sementara itu, Pejabat Menteri Besar Selangor memaklumkan satu majlis penyerahan bantuan wang sewa serta pengumuman usaha pembinaan semula serta pembaikan rumah bagi mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights akan diadakan di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, 12 tengah hari esok. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!