Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci
29 April 2025 |
Berita Semasa Video
A
A
A
Musim haji 1446 Hijrah secara rasmi bermula apabila seramai 284 jemaah dari stesen berlepas Alor Star, Kedah dan Sepang, Selangor berangkat ke Tanah Suci menerusi penerbangan sulung dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada awal pagi Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Azlim Zainury.
Jemaah berkenaan dijadualkan berlepas pada jam 4.05 pagi menerusi pesawat Malaysia Airlines MH8050 dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada jam 7.50 pagi waktu tempatan, hari yang sama.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #TabungHaji #Makkah #IbadahHaji #Haji