Liverpool umum perarakan Juara EPL 26 Mei Ini

Pemain-pemain Liverpool meraihkan kejayaan merangkul kejuaraan ke-20 EPL kelab berkenaan. Foto: Agensi
Pemain-pemain Liverpool meraihkan kejayaan merangkul kejuaraan ke-20 EPL kelab berkenaan. Foto: Agensi
A
A
A

KEGEMBIRAAN melimpah di kota Liverpool apabila kelab bola sepak bersejarah itu mengumumkan penganjuran perarakan kemenangan pada 26 Mei ini bagi meraikan kejayaan menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali ke-20.

Kemenangan besar 5-1 ke atas Tottenham Hotspur di Anfield pada Ahad memastikan Liverpool mengekalkan kedudukan di puncak liga dengan kelebihan 15 mata di hadapan Arsenal, meskipun masih berbaki empat perlawanan musim ini.

Pengumuman rasmi daripada pihak kelab disambut dengan sorakan dan keterujaan penyokong setia, yang akhirnya berpeluang meraikan kejuaraan secara terbuka – sesuatu yang tidak dapat dilakukan ketika kejayaan liga pada tahun 2020 akibat sekatan pandemik Covid-19.

Di bawah bimbingan pengurus baharu, Arne Slot, Liverpool mempersembahkan aksi bertenaga sepanjang musim, membuktikan ketangkasan dan dominasi mereka di pentas EPL.

Menurut kenyataan kelab, perarakan sejauh 15 kilometer itu akan bermula pada jam 2.30 petang waktu tempatan dan dijangka mengambil masa antara tiga hingga lima jam.

“Perarakan ini bukan sekadar meraikan kejayaan bola sepak, ia melambangkan semangat perpaduan, kebanggaan dan perjuangan komuniti Liverpool,” kata Pemimpin Majlis Bandaraya Liverpool, Liam Robinson.

Beliau turut memaklumkan bahawa persiapan rapi telah dimulakan beberapa bulan lalu berdasarkan pendekatan ‘Team Liverpool’, yang terbukti berjaya semasa penganjuran Pertandingan Lagu Eurovision 2023 sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!