Mengurus masa depan kewangan wanita dengan wasiat

Wanita perlu mengambil langkah awal dalam merancang legasi kewangan mereka.
Wanita perlu mengambil langkah awal dalam merancang legasi kewangan mereka.
A
A
A

Dalam dunia serba pantas hari ini, wanita memainkan pelbagai peranan – sebagai tunjang keluarga, pemimpin dalam dunia korporat, dan usahawan berjaya.

Namun, satu aspek yang sering diabaikan ialah perancangan legasi. Wasiat adalah alat penting untuk memastikan legasi kewangan anda mencerminkan kehendak anda serta memberi perlindungan kepada insan tersayang.

Sempena Hari Wanita Antarabangsa, inilah masa yang sesuai untuk menekankan mengapa wanita perlu mengambil langkah awal dalam merancang legasi kewangan mereka. Ia bukan sekadar tentang harta benda, tetapi juga mewujudkan kestabilan, ketenangan fikiran, dan hala tuju yang jelas untuk waris anda.

Kenapa perancangan harta pusaka penting untuk wanita

Statistik menunjukkan realiti yang tidak boleh diabaikan. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (2024), jangka hayat wanita di Malaysia ialah 76.9 tahun, berbanding 72 tahun bagi lelaki. Ini bermaksud ramai wanita akan hidup lebih lama daripada pasangan mereka dan berkemungkinan perlu mengurus kewangan keluarga pada usia tua.

Selain itu, walaupun jurang gaji antara lelaki dan wanita semakin mengecil, cabaran kewangan masih wujud. Ramai wanita juga memainkan peranan sebagai penjaga utama bagi anak-anak atau ibu bapa yang sudah tua. Semua faktor ini menjadikan perancangan harta pusaka satu keperluan.

Ramai wanita menganggap bahawa apabila mereka tiada, pasangan atau ahli keluarga akan menguruskan harta mereka. Tetapi sejauh mana kita pasti bahawa hasrat sebenar kita akan dilaksanakan jika tidak didokumentasikan dengan jelas?

Dokumentasikan hasrat anda

Artikel Berkaitan:

Tanpa Wasiat, aset anda seperti rumah, simpanan, dan harta lain akan diagihkan berdasarkan undang-undang, bukan mengikut kehendak anda.

Bagi bukan Islam, jika Wasiat tidak dibuat, harta akan diagihkan berdasarkan Akta Pembahagian 1958 (bagi Semenanjung Malaysia & Sarawak) dan Ordinan Pewarisan Tanpa Wasiat 1960 (bagi Sabah).

Bagi Muslim, jika Wasiat tidak ditulis, harta akan diuruskan oleh waris terdekat. Walaupun waris boleh mencapai persetujuan mengenai pembahagian harta, pertikaian boleh berlaku. Faraid bukan sekadar kaedah pembahagian, tetapi juga mekanisme untuk memastikan keadilan dan keharmonian dalam kalangan waris. Jika semua waris bersetuju, pembahagian boleh dibuat mengikut Wasiat. Namun, jika ada waris yang tidak bersetuju, bahagian mereka akan diagihkan mengikut hukum Faraid.

Bagi Muslim, jika Wasiat tidak ditulis, harta akan diuruskan oleh waris terdekat.
Bagi Muslim, jika Wasiat tidak ditulis, harta akan diuruskan oleh waris terdekat.



Oleh itu, mempunyai Wasiat bukan sahaja untuk mendokumentasikan kehendak anda tetapi juga sebagai panduan moral kepada waris. Apabila Wasiat jelas ditulis, ahli keluarga anda akan memahami, “Oh, ini yang ibu mahukan.” Wasiat mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan waris, memastikan legasi anda dihormati.

Mitos umum tentang wasiat

Mari kita tangani beberapa mitos yang sering menghalang wanita daripada mengambil tindakan:

Mitos #1: “Saya tak ada banyak harta, tak perlu Wasiat.”

Walaupun anda tidak memiliki rumah besar atau akaun bank bernilai jutaan ringgit, anda tetap mempunyai harta bernilai – emas, simpanan, pelaburan, atau barangan sentimental.

Mitos #2: “Saya masih muda, tak perlu fikir Wasiat lagi.”

Hidup ini penuh dengan ketidaktentuan. Dengan menulis Wasiat lebih awal, anda memastikan keluarga anda dilindungi tidak kira apa yang berlaku.

Mitos #3: “Keluarga saya tahu apa yang saya mahu.”

Kepercayaan ini boleh membawa kepada pertikaian. Dokumen yang sah akan mengelakkan kekeliruan dan memastikan niat anda dihormati.

Mitos #4: “Anak-anak saya boleh uruskan harta saya.”

Ramai ibu bapa beranggapan anak-anak boleh menguruskan harta pusaka mereka, sama seperti mereka mengurus harta ibu bapa mereka dahulu. Namun, generasi muda hari ini mempunyai cabaran tersendiri – kerjaya yang sibuk, kekangan masa, dan kurang pengalaman dalam pentadbiran harta pusaka. Oleh itu, melantik pemegang amanah profesional (trustee) boleh mengurangkan beban keluarga dan mengelakkan konflik.

Bagaimana memulakan perancangan harta pusaka

Perancangan harta pusaka boleh menjadi mudah jika anda mengikut langkah berikut:

1. Senaraikan Harta Anda

Buat inventori semua asset – hartanah, akaun bank, pelaburan, barangan peribadi, dan polisi insurans.

2. Tentukan Waris Anda

Kenal pasti siapa yang akan mewarisi aset anda. Ini boleh merangkumi ahli keluarga, rakan, atau badan amal.

3. Pilih Pelaksana Wasiat

Pelaksana Wasiat bertanggungjawab memastikan harta diagihkan mengikut kehendak anda. Anda boleh memilih individu yang dipercayai atau mempertimbangkan pelantikan pemegang amanah profesional seperti Maybank Trustees, yang mempunyai pengalaman dalam mengurus aset secara adil dan mengelakkan konflik keluarga.

4. Dapatkan Khidmat Pakar

Menulis Wasiat bukan projek DIY. Peguam atau institusi amanah boleh membantu memastikan Wasiat anda sah dan memenuhi keperluan undang-undang.

5. Kemas Kini Wasiat Secara Berkala

Perubahan hidup seperti perkahwinan, perceraian, kelahiran, atau kematian boleh memberi kesan kepada Wasiat anda. Pastikan ia dikemas kini secara berkala.

Kenapa sekarang masa terbaik untuk bertindak?

Menangguhkan perancangan harta pusaka boleh membawa risiko besar. Masa terbaik untuk merancang Wasiat ialah ketika anda masih sihat dan berfikiran jelas. Ia adalah hadiah kepada insan tersayang – mengurangkan tekanan, mengelakkan kekeliruan, dan memastikan kehendak anda dihormati.

Nor Fazlina Mohd Ghouse, Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Trustees Bhd, menekankan bahawa perancangan harta pusaka adalah alat pemerkasaan.

NOR FAZLINA
NOR FAZLINA



Menurutnya, apabila wanita mengurus masa depan kewangan mereka, mereka bukan sahaja melindungi diri sendiri – tetapi juga mewujudkan legasi kekuatan dan kestabilan untuk keluarga mereka.

“Perancangan harta pusaka bukan sekadar pembahagian aset; ia adalah asas kepercayaan dan tanggungjawab yang akan diwarisi oleh generasi seterusnya,” katanya.

Tindakan anda seterusnya

Mengambil kawalan terhadap kewangan anda adalah langkah yang penting dan berkuasa. Sempena Hari Wanita Antarabangsa, jadikan ini satu komitmen untuk mengutamakan legasi anda. Sama ada anda baru ingin bermula atau perlu mengemas kini perancangan sedia ada, Maybank Trustees sedia membantu anda dalam setiap langkah.

Hubungi kami hari ini untuk mendapatkan konsultasi dan mulakan langkah pertama ke arah masa depan kewangan yang lebih terjamin.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!