Al-Ikhsan lancar kempen 'For Everyday Athletes'

Inisiatif Al-Ikhsan menerusi kempen ‘For Everyday Athletes’ mengajak orang ramai kekal aktif selain menjalani rutin harian yang penuh mencabar.
Inisiatif Al-Ikhsan menerusi kempen ‘For Everyday Athletes’ mengajak orang ramai kekal aktif selain menjalani rutin harian yang penuh mencabar.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengedar barangan sukan terbesar di Malaysia, Al-Ikhsan Sports, melancarkan kempen ‘For Everyday Athletes’ berskala nasional yang meraikan rakyat Malaysia untuk terus melangkah, berusaha dan mengharungi cabaran harian dengan penuh bersemangat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Hishammudin Hasan berkata, kempen itu bukan sahaja memperkukuh semula identiti syarikat, tetapi berperanan untuk memberi inspirasi, membina semangat dan memacu kemajuan.

Menurutnya, kempen itu mengajak orang ramai untuk kekal aktif meskipun sibuk menjalani rutin pekerjaan harian dan mengharungi kehidupan serba mencabar.

“Kami percaya bahawa pergerakan boleh mengubah hidup. Gaya hidup aktif bukan saja menguatkan badan, tapi juga mencerdaskan minda dan memberi tenaga kepada semangat dalaman.

“Bila kita kekal aktif, kita hidup dengan lebih baik, daripada cara kita berfikir, bekerja, hingga ke pergaulan kita bersama keluarga dan komuniti.

“Saya bangga mengetuai syarikat yang lebih 30 tahun telah menjadi pemacu semangat buat atlet harian. Dengan hala tuju baharu ini, kami bukan sekadar menjual kelengkapan sukan, kami sedang mencetuskan satu pergerakan nasional,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Mengulas lanjut, menurut Hishammudin, kempen 'For Everyday Athletes' meneruskan misi tersebut dengan lebih jelas selain memberi fokus kepada pergerakan harian dan individu-individu di sebalik setiap langkah itu.

Tambah beliau, inisiatif tersebut akan terus memperkukuh lagi hubungan bersama rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang.

“Kempen ‘For Everyday Athletes’ bukan sekadar slogan, tetapi mengajak orang ramai untuk menjalani kehidupan yang lebih aktif, sihat dan seimbang,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!