Saya tak serik bertanding lagi - Abd Muhaimin
26 April 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Abd Muhaimin Malek menyatakan beliau tidak serik untuk bertanding lagi walaupun tewas dalam percubaan pertamanya, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Menurut Abd Muhaimin, beliau menerima keputusan PRK itu dengan reda dan menganggap ia sebagai pengalaman berharga dalam perjuangan politiknya.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRK #PRKAyerKuning #Muhaimin