Isteri maut, suami parah motosikal dirempuh Triton langgar lampu isyarat merah

Mangsa maut di lokasi kejadian sementara suami cedera parah dalam kemalangan di di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin pada Jumaat.
Mangsa maut di lokasi kejadian sementara suami cedera parah dalam kemalangan di di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin pada Jumaat.
A
A
A

MELAKA - [DIKEMAS KINI] Seorang wanita maut, manakala suaminya parah selepas motosikal mereka dirempuh sebuah pacuan empat roda yang melanggar lampu isyarat merah di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin, pada Jumaat.

Dalam kejadian jam 11.20 malam itu, mangsa, Roslinah Sinan, 53, maut di tempat kejadian, manakala suaminya, Hisham Omar, 57, cedera di bahagian kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian, mangsa yang menaiki motosikal jenis Honda Wave 125 sedang dalam perjalanan dari Malim menuju ke Balai Panjang dan berhenti di persimpangan lampu isyarat merah itu.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa tiba-tiba dirempuh sebuah pacuan empat roda dari arah belakang.

"Pemandu kenderaan jenis Mitsubishi Triton itu kemudian melarikan diri dan meninggalkan mangsa di tempat kejadian," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Tambahnya, semakan terhadap nombor pendaftaran pacuan empat roda itu mendapati ia didaftarkan atas nama pengurus sebuah syarikat.

"Pegawai penyiasat bersama penolong dan pengurus syarikat terbabit, selaku pemilik kenderaan, cuba mengesan pemandu Mitsubishi Triton berkenaan di rumahnya.

"Bagaimanapun, suspek tidak pulang ke rumahnya dan usaha memburunya sedang giat dilakukan," ujarnya.

Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!