Flora Hijauan Melati East penuhi impian pemilik rumah

No Image Caption
A
A
A

GOMBAK - Projek perumahan dan pembangunan di Malaysia boleh diibaratkan seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Tetapi hakikat sebenarnya, masih banyak lambakan hartanah yang belum didiami walaupun permintaan kekal tinggi dalam kalangan rakyat.

Pengarah Urusan Flora Hijauan (MRR2) Sdn Bhd, Mohd Shafiq Anaqi berkata, tidak dapat dinafi kan, isu harga antara faktor terbesar yang menghalang kebanyakan individu daripada memiliki kediaman sendiri.

“Kami ingin menyediakan kediaman pada harga mampu milik kerana percaya setiap individu daripada segenap lapisan masyarakat berhak memiliki gaya hidup yang berkualiti, moden dan selesa.

“Projek Flora Hijauan Melati East ialah pangsapuri servis yang berstatus pegangan bebas dan dibangunkan di atas tanah rizab Melayu,” katanya kepada Sinar Harian.

No Image Caption



Mohd Shafiq Anaqi berkata, projek itu bakal dijual pada harga mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah.

“Antara manfaat terbesar yang bakal diperoleh oleh para pembeli nanti adalah jarak Flora Hijauan Melati East yang berdekatan dengan hab pengangkutan, termasuklah Transit Aliran Ringan (LRT) Gombak, Terminal Bersepadu Gombak (GITT) serta Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Artikel Berkaitan:

“Flora Hijauan Melati East juga terletak berhampiran dengan pengangkutan awam seperti LRT Taman Melati, LRT Wangsa Maju (tidak sampai 10 minit dengan kereta) dan KTM Batu Caves yang memakan masa lebih kurang 12 minit.

“Rangkaian ECRL juga akan menghubungkan negeri-negeri Pantai Timur dengan Lembah Klang pada kadar perjalanan yang lebih pantas dan menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata, GITT pula menawarkan pilihan alternatif untuk mereka yang ingin menaiki bas menuju ke Pantai Timur dan negeri di bahagian utara dan selatan Semenanjung Malaysia.

Tambah Mohd Shafiq Anaqi, lokasi Flora Hijauan Melati East yang strategik itu sudah tentu akan memudahkan pemiliknya untuk melawat negeri-negeri di Pantai Timur.

“Secara tidak langsung ia mampu melonjakkan nilai pasaran unit pada masa hadapan,” katanya.

Bermula dari RM250,000

Mohd Shafiq Anaqi berkata, dengan harga yang bermula dari RM250,000 hingga RM356,900, projek Flora Hijauan Melati East di Gombak ini mempunyai dua blok (Blok 1 dan Blok 2) dengan tiga jenis unit berbeza (Jenis A, B dan C). Harga kesemua jenis rumah ini tertakluk pada terma dan syarat.

“Unit Jenis A berharga RM250,000 yang mempunyai dua bilik tidur dan satu bilik air. Unit Jenis B hanya RM319,900 pula mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air.

“Unit Jenis C mempunyai empat bilik tidur dengan dua bilik air dan boleh diperoleh pada harga hanya RM356,900,” katanya.

Beliau berkata, konsep perumahan yang ideal bukan hanya terhad pada ruang tempat tinggal semata-mata.

Pihaknya ingin mewujudkan suasana kekeluargaan dan kemasyarakatan berlandaskan persekitaran yang harmoni dan ceria.

“Antara inisiatif yang disediakan ialah membina kemudahan untuk penghuni seperti surau, dewan serbaguna, tadika dan kelas agama. Penghuni boleh memanfaatkan surau untuk pelbagai aktiviti keagamaan dan kerohanian.

“Untuk aktiviti riadah, mereka boleh menikmati pelbagai fasiliti seperti kolam renang, kolam renang kanak-kanak, taman permainan, gim dan gelanggang badminton,” katanya.

Laman pelbagai tema

Selain itu, terdapat lebih 15 jenis laman pelbagai tema seperti laman santai, laman kenduri, laman cergas dan laman majlis dibina khas untuk memberikan pengalaman dan mencipta pelbagai detik untuk seisi keluarga dan di kalangan komuniti.

Di bahagian atas pula, penghuni boleh menikmati pemandangan indah berlatar belakangkan ibu kota yang diwarnai bangunan-bangunan pencakar langit dan Bukit Tabur yang menyajikan keindahan flora serta fauna.

“Aspek keselamatan turut dititik beratkan di Flora Hijauan Melati East. Terdapat pondok pengawal dan kamera keselamatan di sekitar bangunan,” katanya.

Mengulas lanjut tentang projek pada masa akan datang, visi Mohd Shafi q Anaqi adalah untuk merealisasikan banyak lagi projek perumahan berkualiti pada harga yang berpatutan di sekitar Lembah Klang.

“Projek-projek seperti ini kebanyakannya akan ditumpukan di kawasan strategik yang berdekatan dengan bandar-bandar pesat membangun demi manfaat untuk penghuni.

“Mereka akan mempunyai lebih banyak pilihan dari segi pendidikan, perubatan, rekreasi, kemudahan-kemudahan seperti pusat beli-belah, pasar, kedai makan, restoran serta pembekal perkhidmatan,” katanya.

No Image Caption



Beliau berkata, Flora Hijauan Melati East berhampiran bandar Taman Melati, Taman Melawati, Wangsa Maju, Setiawangsa, Batu Caves, Taman Sri Rampai, Setapak dan Ampang.

“Penghuni boleh meluangkan masa mengunjungi pusat membeli-belah serta pasar raya seperti Kl East Mall, Melawati Mall, M3 Shopping Mall, Wangsa Walk, Giant Batu Caves dan Pasar Borong Kuala Lumpur,” katanya.

Selain itu, untuk kemudahan pendidikan dan rekreasi pula, antaranya adalah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), KYS International School, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Zoo Negara Malaysia dan Taman Botani FRIM.

Di samping itu, Flora Hijauan Melati East akan memperoleh pensijilan bangunan hijau dan pemaju akan memastikan piawaian QLASSIC dipatuhi bagi memastikan kualiti pembinaan dijaga.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!