Remaja lelaki maut motosikal terbabas

JERANTUT - Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terbabas di Kilometer (KM) 12 Jalan Jerantut-Benta pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Zukri Muhammad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa berusia 18 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurutnya, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC seorang diri dalam dalam arah perjalanan dari Damak menghala ke Jerantut.
"Apabila sampai di tempat kejadian, semasa melalui bahu kiri jalan, mangsa telah gagal mengawal motosikal lalu terbabas dan jatuh ke tengah jalan.
"Akibat kemalangan ini, mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya
Ujarnya, mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Jerantut untuk bedah siasat
Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

