Wanita maut kereta hilang kawalan

Keadaan kereta yang dipandu mangsa dalam kejadian di Kilometer 80.8 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) arah barat pada malam Selasa. Foto PDRM
Keadaan kereta yang dipandu mangsa dalam kejadian di Kilometer 80.8 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) arah barat pada malam Selasa. Foto PDRM
A
A
A

BENTONG – Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu melanggar sebuah kenderaan lain di Kilometer 80.8 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) arah barat, malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, mangsa dikenali sebagai Ong Lee Lee, 47, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati kereta Proton Persona dari arah Kuantan ke Kuala Lumpur telah hilang kawalan dan melanggar sebuah kenderaan di hadapannya yang masih belum dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihak polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian untuk tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!