Akaun-i eGold pelaburan emas serendah RM10 - Bank Rakyat

Bank Rakyat menyediakan peruntukan lebih RM900,000 melalui Kempen Hulurkan Salam.
Bank Rakyat menyediakan peruntukan lebih RM900,000 melalui Kempen Hulurkan Salam.
A
A
A

BANK Rakyat memperkenalkan Akaun-i eGold iaitu platform pelaburan emas digital patuh syariah yang membolehkan pelanggan membeli atau menjual emas secara mudah dan selamat melalui saluran perbankan internet iRakyat.

Bank Rakyat dalam satu kenyataan berkata, produk baharu itu diperkenalkan bagi menggalakkan pelanggan mempelbagaikan aset kewangan mereka dengan menambah emas sebagai aset pelaburan alternatif.

Menurutnya, orang ramai boleh memanfaatkan pelaburan emas sebagai penyelesaian simpanan jangka masa panjang selain fleksibel.

”Akaun-i eGold merupakan platform patuh syariah yang menawarkan peluang pelaburan emas selamat selain terjamin sejajar dengan prinsip kewangan Islam sambil disokong pelaburan bersandarkan emas fizikal.

“Selain memudahkan orang ramai untuk memiliki emas pada paras permulaan mampu milik, produk ini merupakan sebahagian daripada usaha menyediakan perkhidmatan inklusif kepada semua lapisan masyarakat untuk mengambil bahagian dalam urus niaga emas iaitu membeli, menjual dan menukar pelaburan emas secara digital kepada emas fizikal bagi mencapai matlamat kewangan dengan mudah,” katanya pada Rabu.

Mengulas lanjut, menurut Bank Rakyat, akaun itu menyediakan kemudahan kepada pelanggan untuk memiliki emas berkualiti 999.9 yang diakreditasi oleh London Bullion Market Association (LBMA) dengan hanya serendah RM10.

Selain itu, mereka turut menawarkan pengalaman pembelian dan penjualan emas pada harga masa sebenar dan berpeluang untuk menikmati perbezaan antara harga belian serta harga jualan lebih kompetitif.

Jelasnya, pelanggan mempunyai pilihan untuk menukar baki emas dalam Akaun-i eGold Bank Rakyat untuk mendapatkan emas fizikal dengan berat 0.5 gram sehingga 100 gram emas sebelum dihantar terus kepada alamat mereka melalui perkhidmatan penghantaran yang disediakan.

Artikel Berkaitan:

“Mereka hanya perlu mempunyai Akaun Semasa-i, Akaun Simpanan-i atau Akaun Pelaburan-i Bank Rakyat dan perbankan internet iRakyat untuk memulakan transaksi pelaburan di Akaun-i eGold Bank Rakyat.

“Kemudahan ini tersedia untuk individu berumur 13 tahun dan ke atas yang memenuhi kriteria kelayakan.

“Sekiranya berminat atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web rasmi Bank Rakyat di www.bankrakyat.com.my dan hubungi Pusat Panggilan di talian 1300 80 5454 atau kunjungi cawangan Bank Rakyat yang berhampiran,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!